KERETA SEWA PENANG

KARLOOP

Dapatkan perkhidmatan kereta sewa murah penang anda bersama kami !!

Anda ingin menjana wang ? Sertai kami sekarang !

MENCARI KERETA SEWA MURAH PENANG ?

KARLOOP

Kami telah membina sistem yang kuat untuk membantu pesanan sewa kereta anda. Sama ada secara langganan atau pengunaan atas permintaan. Sistem ini direka khas untuk memudahkan proses sewa kereta murah anda. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami untuk info lanjut

Pilih Tarikh Untuk Sewa Kereta

Rancang dan semak tarikh perjalanan anda untuk mendapatkan tempahan kereta sewa bersama kami

Kemukakan Maklumat Diri Anda

Untuk memudahkan tempahan, anda boleh whatsapp kami kad pengenalan & lesen memandu yang masih sah

Baca & Fahami Terma & Syarat Kami

Anda diminita untuk membaca dan fahami terma & syarat sebelum sewa kereta bersama kami

Cara - Cara Pembayaran Dilaksanakan

Kami mengalakkan agar segala pembayaran dilakukan secara online atau bank transfer

Hubungi atau Whatsapp kami untuk mendapatkan kereta sewa anda !

SEWA KERETA PENANG BERSAMA KARLOOP

TERMA & SYARAT

  • Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro).
  • Deposit minima RM 100.00 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta). Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan.
  • Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan. 
  • Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
  • Sewaan minimum sehari/24 jam. 
  • Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan. Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
  • Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam. Jika lewat lebih daripada 4 jam,caj sehari akan dikenakan.
  • Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
  • Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemat.
  • Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan dan perlumbaan.
  • Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat ,kes curi spare part kenderaan.
  • Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan.
  • Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
  • Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
  • Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj akan dikenakan.
  • Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa.

SEWA KERETA MURAH DI PENANG

VARISASI KENDERAAN UNTUK DISEWA

FAQ - SOALAN LAZIM

ADAKAH DEPOSIT DIPERLUKAN ?

Deposit bergantung kepada agen kami, setengah agen kami tidak memerlukan sebarang deposit. Minima deposit adalah sebanyak RM 100.00 sahaja

ADA SERVIS PENGHANTARAN ?

Untuk masa ini kami tidak membuat sebarang perkhidmatan penghantaran. Pihak pelanggan dikehendaki datang dan ambil kenderaan di premis kami

ADA DISKAUN UNTUK SEWAAN YANG LAMA ?

Sekiranya pihak pelanggan mengambil lebih dari 3 hari, terdapat diskaun istimewa. Diskaun sehingga 30% kepada pelanggan yang sewa lebih dari 7 hari

APAKAH MAKLUMAT DIPERLUKAN ?

Pihak pelanggan boleh whatsapp kami di 019 2547964 dan kami akan berikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk urusan tempahan

ADA SEBARANG PROMOSI UNTUK PERAYAAN ?

Sekiranya terdapat sebarang musim perayaan, promosi yang berbaloi disediakan kepada pelanggan setia kami atau anda boleh daftar menjadi ahli kami

ADAKAH PEJABAT BUKA PADA HARI MINGGU ?

Ya, pejabat kami buka setiap hari kecuali public holiday. Kami menggalakkan pelanggan agar membuat tempahan awal sekiranya tiba musim perayaan

KARLOOP

DAPATKAN KERETA SEWA MURAH PENANG BERSAMA KAMI

Kami adalah Platform Atas Talian yang terpantas yang membolehkan pelanggan membuat tempahan sewa kereta murah dengan mudah dan cepat. Kami berhasrat untuk bergerak ke seluruh Malaysia dan mengganggu perkhidmatan sewa kereta tradisional dengan menjamin masa tempahan yang cepat dan mudah

COMPANY

About Us
Policy
Media

  • 019 254 7964
  • hello@karloop.com.my
  • No 2-1 Jalan Excella 1
    Taman Ampang Hilir
    55100 Kuala Lumpur
mencari kereta sewa di Penang ?

Kami adalah syarikat yang menyediakan perkhidmtan sewa kereta di seluruh Malaysia. 

Kami telah beroperasi selama lebih dari 5 tahun dalam industri perkhidmatan kereta sewa murah. 

Jangan tunggu lagi dan tempahlah sewa kereta murah anda sekarang !

Copyright © 2018 - All Right Reserved Nabil CK Enterprise -